Warna menarik mikro LED - Utusan Malaysia

Warna menarik mikro LED

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Samsung Electronics memperkenalkan inovasi terbaharunya dalam teknologi paparan Diod Pemancar cahaya (LED) Modular menerusi televisyen mikro-LED pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019 di Las Vegas Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Menerajui teknologi paparan, televisyen berukuran 75 inci itu didatangkan dengan kualiti gambar, fleksibiliti dan reka bentuk yang tiada tandingannya serta sokongan paparan 4K.

Presiden Perniagaan Paparan Visualnya, Jonghee Han berkata, produk tersebut memberi peluang kepada pengguna untuk memperluaskan paparan kepada sebarang saiz yang diingini.

Hal ini kerana Samsung menampilkan berjuta-juta cip LED mikroskopik merah, hijau dan biru yang mengeluarkan cahaya tersendiri untuk menghasilkan warna yang menarik di kaca televisyen.

“Teknologi LED Mikro kami berada di barisan hadapan revolusi skrin pintar dan paparan yang cemerlang dalam setiap kategori prestasi.

Samsung LED Mikro tidak mempunyai sempadan, hanya kemungkinan tidak berkesudahan,” katanya.

Selain itu, teknologi LED Mikro Samsung juga mengoptimumkan kandungan tidak kira saiz dan bentuk skrin.

Malah apabila menambah lebih banyak modul, Samsung Micro LED memaparkan boleh skala untuk meningkatkan resolusi bagi paparan skrin yang lebih ‘hidup’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN