Samsung Electronics memperkenalkan inovasi terbaharunya dalam teknologi paparan Diod Pemancar cahaya (LED) Modular menerusi televisyen mikro-LED pada Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2019 di Las Vegas Amerika Syarikat, baru-baru ini. Menerajui teknologi paparan, televisyen berukuran 75 inci itu didatangkan dengan kualiti gambar, fleksibiliti dan reka bentuk yang tiada tandingannya serta sokongan paparan 4K. Presiden Perniagaan Paparan Visualnya, Jonghee Han berkata, produk tersebut memberi peluang kepada pengguna untuk memperluaskan paparan kepada sebarang…










