KUALA LUMPUR 13 Feb. – Warna baharu pasukan Red Bull KTM Tech3 memberi suntikan motivasi kepada pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah untuk menampilkan prestasi cemerlang dalam Kejuaraan MotoGP Dunia 2019. “Saya sangat teruja dengan seragam baharu pasukan ini. Saya rasa ia berbeza daripada pasukan lain di trek. Kami Red Bull KTM Tech3 adalah satu lagi pasukan yang membawa warna baharu di litar. “Saya tidak sabar beraksi di trek…










