KULAI 1 Feb. – Seorang pengawal keselamatan dan pelanggan cedera selepas sebuah kereta Proton Iriz merempuh cermin pintu masuk sebuah bank di Taman Indahpura di sini pagi semalam. Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, kedua-dua mangsa mengalami cedera ringan dan dikejarkan ke Hospital Kulai untuk mendapatkan rawatan. Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, kejadian berlaku berpunca apabila pemandu kereta yang juga seorang warga emas berusia 78…










