Warga emas maut jatuh tingkat dua ada rekod psikiatri - Utusan Malaysia

Warga emas maut jatuh tingkat dua ada rekod psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Wanita warga emas yang maut selepas terjatuh dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Taman Mulia Jaya, Ampang malam tadi disahkan menghidap penyakit mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 64 tahun itu merupakan warga Indonesia yang bertaraf penduduk tetap (PR).

“Mangsa mempunyai rekod sebagai pesakit psikiatri di Hospital Ampang.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) berikutan hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa dikatakan datang ke pangsapuri berkenaan untuk melawat anak dan cucunya.

Bagaimanapun, anak dan menantunya tiada di rumah kerana keluar bekerja dan mayatnya ditemukan di tingkat bawah oleh orang ramai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN