KUALA LUMPUR 2 Feb. – Seorang pekerja warga Bangladesh maut dalam keadaan mengerikan selepas dihempap sebuah jentolak di Lot 34A, Batu 3 1/2, Jalan Emas off Jalan Chan Sow Lin, di sini malam ini. Dalam kejadian pukul 7.10 malam itu, mangsa yang belum dikenal pasti identitinya meninggal dunia di tempat kejadian. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pudu, Mohd. Zain Abdullah berkata, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu…










