Wanita warga emas maut jatuh tingkat dua - Utusan Malaysia

Wanita warga emas maut jatuh tingkat dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb.- Seorang wanita warga emas maut selepas jatuh dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Taman Mulia Jaya, Ampang malam tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu dipercayai warga tempatan berusia 64 tahun. 

Menurut penduduk pangsapuri yang enggan dikenali, mangsa dikatakan tinggal di Lembah Jaya dekat sini dan datang ke pangsapuri berkenaan untuk melawat anak dan cucunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, belum sempat bertemu mereka, mangsa yang mempunyai masalah kesihatan dipercayai jatuh dari bangunan tersebut.

“Ketika kejadian, anak dan menantu mangsa tiada di rumah kerana keluar bekerja,” katanya ketika ditemukan di lokasi kejadian. 

Sementara itu, keluarga mangsa ketika ditemui enggan mengulas dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Mohd. Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Jelas beliau, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.45 malam oleh orang awam.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Ampang dan setakat ini identiti mangsa masih belum diperoleh.

“Kita juga kini sedang mengesan waris  mangsa,” katanya di sini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN