Wanita sempat tarik anak daripada digilis trak - Utusan Malaysia

Wanita sempat tarik anak daripada digilis trak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI 26 Feb. – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan situasi mencemaskan apabila nyaris digilis sebuah trak selepas terjatuh daripada motosikal namun sempat diselamatkan ibunya.

Daily Mail melaporkan, rakaman video di Goi, Nam Dinh itu menunjukkan tiga individu menaiki sebuah motosikal dilanggar sebuah kereta.

Wanita itu dan anaknya yang memakai kot merah jambu tercampak dari belakang motosikal sebelum kanak-kanak itu berguling dan hampir dilanggar tayar lori yang datang dari arah bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, si ibu bertindak pantas apabila menarik anaknya bagi mengelak daripada digilis tayar lori yang menghampiri.

Lelaki yang memandu motosikal itu bagaimanapun tidak menyedari kejadian pemboncengnya terjatuh dan hampir berdepan bahaya.

Apabila lelaki itu menoleh ke belakang dan melihat mereka berdua terjatuh di atas jalan baharulah dia berhenti untuk menyelamatkan mereka. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini