ALOR SETAR – Seorang wanita warga Nepal hanya sempat bersembunyi di dalam tandas selama 10 minit sebelum dicekup penguat kuasa imigresen di sebuah kilang plastik di Lunas, Kulim dekat sini semalam. Dalam operasi Ops Bersepadu itu, wanita berusia 23 tahun terbabit melarikan diri sebaik menyedari kilang diserbu sebelum bersembunyi di dalam tandas. Cubaan warga asing tersebut bagaimanapun gagal apabila ditahan penguat kuasa imigresen yang menemuinya di dalam tandas berkenaan. Pengarah Imigresen negeri, Zuhair Jamaludin berkata, wanita warga Nepal itu merupakan antara 30 warga asing yang ditahan dalam operasi di beberapa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya