Wanita maut dilanggar lari - Utusan Malaysia

Wanita maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR – Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kenderaan dalam satu kejadian langgar lari di Kilometer 12, Taman Kampung Koskan di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, dalam kejadian sekitar pukul 6.45 pagi itu mangsa, Siti Hasa Che Pie, 48, yang menunggang motosikal seorang diri sedang dalam perjalanan menuju ke Serendah dari arah Sungai Buaya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian motosikal ditunggang mangsa telah dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan yang tidak diketahui sebelum ia bertindak melarikan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan perlanggaran tersebut, mangsa yang menetap di Jalan Pantai Dalam itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sekitar pukul 7.10 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Bak Phai, kes disyaki sebagai kejadian langgar lari berdasarkan kerosakan pada motosikal mangsa iaitu remuk di bahagian hadapan kiri.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini dipohon menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Kes kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelas beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×