TAMPIN – Seorang wanita maut, manakala anak lelakinya berusia tiga tahun cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Gemas/Londah-Pasir Besar dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengahari itu, mangsa, Mariani Ahmad, 31, yang memandu kereta jenis Honda City maut di lokasi kejadian selepas keretanya dilanggar sebuah lori milik Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains). Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila lori Sains yang sedang bergerak dari arah Tampin berhenti di simpang tiga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya