Wanita hidap sakit kronik rayu bantuan kerusi roda - Utusan Malaysia

Wanita hidap sakit kronik rayu bantuan kerusi roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Seorang wanita amat mengharapkan jasa baik pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan hariannya.

Itulah harapan yang diluahkan Rosfadilah Rosli, 42, yang ketika ini sukar untuk bergerak disebabkan masalah berat badan yang dihadapinya sejak setahun lalu.

Malah, dia ketika ini terpaksa bergantung kepada tongkat untuk bergerak selain berhadapan dengan masalah pernafasan serta jantung.

“Saya mempunyai masalah kencing manis selain tekanan darah tinggi. Ketika ini saya tinggal berdua dengan ibu saya, Asmah Idris, 64, yang bekerja menjual kuih secara kecil-kecilan untuk menampung hidup serta rawatan perubatan saya.

“Walaupun saya menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor, ia masih belum cukup untuk menampung rawatan yang mana saya perlu kerap ke hospital,” katanya yang bergantung kepada susu formula khas bagi penyakit yang dihidapinya.

Dia berkata demikian selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di kediamannya di Kampung Batu 3, di sini hari ini.

Pada masa sama, Pengerusi Persatuan Gabungan Usahawan Warisan Kebangsaan, Mohammed Yasri Mohd. Bedu menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas bagi meringankan beban keluarga Rosfadillah.

Orang ramai yang ingin membantu Rosfadillah boleh menghubunginya di talian 017-3764 346 untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN