NEW YORK 1 Feb. – Sekurang-kurangnya 21 kematian direkodkan sehingga semalam susulan keadaan cuaca sejuk melampau seperti Artik apabila suhu serendah -49 darjah Celsius hingga melumpuhkan Midwest, Amerika Syarikat berikutan fenomena Vorteks kutub.
Golongan geladangan dan warga emas terdedah kepada radang dingin atau frostbite walaupun hanya beberapa minit dan berisiko maut apabila berada du luar ekoran suhu sejuk melampau.
Jumlah kematian meningkat setelah sembilan lagi mangsa di Chicago dilaporkan meninggal dunia berkaitan cuaca sejuk.
Kelmarin, seorang pelajar Universiti Lowa maut di dalam kampus manakala seorang warga emas berusia 60 tahun dijumpai mati di sebuah rumah terbengkalai di Lorain, Ohio dipercayai akibat hipotermia. -REUTERS











