[VIDEO] Video menari goyang kepala itu bukan saya - Aiman - Utusan Malaysia

[VIDEO] Video menari goyang kepala itu bukan saya – Aiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 27 Feb. – Individu yang menari sambil menggoyangkan kepala bersama beberapa rakan dalam sebuah video sah bukan calon Pakatan Harapan (PH).

Ini diakui oleh Muhammad Aiman Zainali sendiri yang juga tidak pasti gerangan individu dalam video berkenaan.

“Itu bukan saya sebab semalam, saya hanya melancarkan agenda yang saya nak buat untuk Semenyih. Saya bergerak balik dan dah tak ada event (acara) menari-nari dah.

“Saya bukan dalam video itu. Saya tidak pasti siapa itu,” tegas Muhammad Aiman ketika ditemui pemberita sewaktu menghadiri majlis santuni Orang Asli di Kampung Kachau Luar dan Dalam, di sini hari ini.

Aiman diminta mengulas isu viral dalam media sosial mengenai sekumpulan petugas PH menari dalam rakaman video yang berdurasi 46 saat itu.

Ramai warganet menuduh calon PH itu terlibat dalam acara tersebut dengan iringan lagu Tamila Boys yang berjudul Goyang Kepala Goyang itu.

Kebetulan Muhammad Aiman menghadiri majlis pelancaran Aiman4Semenyih di Pangsapuri Sri Rinching, Bandar Rinching, di sini malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN