[VIDEO] Suami isteri dera anak dipenjara 2 tahun - Utusan Malaysia

[VIDEO] Suami isteri dera anak dipenjara 2 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Feb. – Seorang pemandu bas dan isterinya yang merupakan warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mendera anak lelaki mereka berusia 12 tahun sejak dua tahun lalu.

Pasangan Muhammad Farid Rosli, 29, dan surirumah, Yuliani Chosibah, 38, yang menangis ter­esak-esak sepanjang prosi­ding, dijatuhkan hukuman itu yang berkuat kuasa dari tarikh mereka ditangkap 19 Februari lalu selepas kedua-duanya me­ngaku bersalah.

Hakim Kamarudin Kamsun turut mengenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dan mereka perlu me­lakukan khidmat masyarakat selama 48 jam. Gagal mematuhi perintah tersebut, mereka boleh dipenjara selama setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Muhammad Farid dan Yuliani didakwa bersama-sama meng­aniaya dan membiarkan mangsa mengalami kecederaan fizikal di Pangsapuri Desa Melayu, Jalan Bayu Putri 2, dari 2017 hingga 18 Februari 2019.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dibacakan bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, Suhaila memohon mahkamah mengenakan hukuman berat atas beberapa alasan termasuk mengambil kira kepentingan awam kerana penganiayaan kanak-kanak kerap berlaku dalam kala­ngan orang yang mempunyai hubungan amanah terutama ibu bapa.

Mengikut fakta kes, mangsa yang tidak pernah bersekolah merupakan anak kandung Yuliani hasil perkahwinan terdahulu dan mula dipukul Muhammad Farid sejak berumur 10 tahun.

Muhammad Farid telah beberapa kali memukul kanak-kanak itu menggunakan rotan pada bahagian belakang badan dan tangan manakala Yuliani pula memukul menggunakan penyangkut pakaian dengan kejadian disaksikan ibu mentua­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN