KUALA LUMPUR – Pengunjung pusat beli-belah, Kompleks Pertama cemas selepas saluran asap yang terletak di bahagian dapur sebuah kedai makan terbakar di Jalan Dang Wangi di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, kejadian tersebut disedari oleh orang awam selepas melihat kepulan asap tebal keluar dari bahagian bumbung bangunan berkenaan. Difahamkan, kebakaran tersebut tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa kerana orang awam yang berada di kawasan terbabit sempat…










