[VIDEO] Osman enggan ulas isu sijil palsu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Osman enggan ulas isu sijil palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI 9 Feb. – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian enggan memberi sebarang komen kepada pihak media berhubung dakwaan beliau memiliki ijazah dan diploma palsu.

Usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau juga tidak berjaya apabila Osman terus beredar selepas majlis selesai.

Beliau hanya tersenyum apabila ‘diasak’ pihak media de­ngan soalan berhubung perkara tersebut dan bergegas menuju ke kenderaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Osman mengha­diri Majlis Rumah Terbuka dan Penyerahan Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina 2019 anjuran Yayasan Sejahtera Kulai di sini.

Media melaporkan, selepas cerita ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya, orang ramai mula meragui kelayakan Osman yang mendakwa mempunyai ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

 

Menurut laman Facebook Ops Johor, warganet mula mempersoalkan kelayakan Osman kerana pemeriksaan mereka mendapati UPM hanya mula menawarkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan pada tahun 1985, manakala Diploma Perakaunan tidak ditawarkan di universiti tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini