[VIDEO] Operator kilang didakwa hina Nabi Muhammad - Utusan Malaysia

[VIDEO] Operator kilang didakwa hina Nabi Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perbuatan biadap seorang operator kilang membawa padah apabila dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menghina Nabi Muhammad, Selasa lalu. 

Tertuduh, A. Taneson, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan laman sosial Facebook miliknya iaitu Sarkar Tanesan dengan memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hantaran itu telah dibaca di alamat bernombor 37, Jalan Cekak Musang, 10/2, Seksyen 10 di sini pada 19 Februari lalu.

Tindakan itu berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau perasaan pemusuhan benci-membenci atau niat jahat di atas alasan agama di antara kumpulan orang beragama Islam dengan bukan beragama Islam di negara ini.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 298A (1) kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fairuz Johari memohon kepada mahkamah agar tiada jaminan tidak ditawarkan kepada tertuduh berikutan kesalahan di bawah Seksyen itu tidak boleh diikat jamin.

Peguam Kailashii Vasudevan Appu mewakili tertuduh memohon mahkamah menggunakan budi bicara atas alasan dia mempunyai masalah mental.

“Anak guam saya pernah menjalani rawatan psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPM) sebelum ini dan akan mengemukakan laporan psikiatri nanti.

“Selain itu, anak guam saya juga merupakan operator kilang dengan pendapatan RM1, 500 sebulan,” katanya.

Mahkamah kemudiannya memberikan jaminan RM8, 000 beserta seorang penjamin selain perlu melaporkan diri dua minggu sekali di balai polis sehingga kes selesai.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 5 April nanti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×