PUTRAJAYA 8 Feb.- Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan membabitkan namanya berkaitan dakwaan RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin Pas. Malah Bekas Timbalan Presiden Pas itu menjelaskan sudah dinamakan satu tuduhan, oleh demikian beliau telah memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan dan sekali gus memberi peluang kepadanya membuat penjelasan berserta bukti. Katanya lagi, beliau telah mengemukakan pelbagai dokumen seperti yang diminta…










