PETALING JAYA: Seorang pemain bola sepak cedera dipukul pemain lawan dalam satu insiden di Padang Bola Sepak RRI Sungai Buloh dekat sini, Rabu lalu. Lelaki terbabit cedera dipukul sebaik sahaja perlawanan persahabatan membabitkan kedua-dua pasukan berakhir pada pukul 10.56 malam. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama pasukannya menyertai perlawanan persahabatan di padang berkenaan. “Selepas tamat perlawanan,…










