PASIR PUTEH 17 Feb. – Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan hampir reput di kawasan paya nipah, tepi Sungai Semerak, dekat sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, seorang pencari ketam nipah yang masuk ke kawasan itu ternampak satu lembaga manusia di atas timbunan daun nipah yang sudah dipotong. Pencari ketam yang dikenali sebagai Mahadi Ramli, 47, kemudiannya bergegas ke Balai Polis Cherang Ruku melaporkan penemuan itu. Mahadi berkata, pada masa yang sama keluarga mangsa turut tiba ke balai polis berkenaan untuk melaporkan kehilangan seorang anggota keluarga sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya