[VIDEO] Lagi acara beri hadiah sempena PRK DUN Semenyih - Utusan Malaysia

[VIDEO] Lagi acara beri hadiah sempena PRK DUN Semenyih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU LANGAT 25 Feb. – Baru saja ditegur kerana mengedar bubur lambuk kepada penduduk di Kampung Batu Tiga, Jalan Bangi Lama di sini, nampaknya Pakatan Harapan (PH) buat hal lagi.

Video oleh AZMAN IBRAHIM

Kali ini, seramai lapan penerima ibu tunggal yang menetap di Semenyih diberikan ‘hadiah’ berupa barangan dapur yang diletakkan dalam kotak besar dalam majlis Program Jalinan Silaturrahim Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Penyerahan Borang Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Lebih menarik, kesemua penerima sumbangan merupakan pengundi di Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih (DUN) di sini.

Sumbangan berkenaan sebenarnya ditaja dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baru ditubuh iaitu Gabungan Usahawan Aceh Malaysia dan Persatuan Usahawan Warisan Malaysia (NHEO).

Yang menjadi pertikaian di sini, kedua-dua pemimpin NGO tersebut juga merupakan ahli Bersatu.

Paling menarik, hadiah-hadiah berkenaan turut disampaikan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Abu Bakar Yahya.

Abu Bakar ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, pemberian sumbangan berkenaan adalah daripada NGO.

Katanya, ia tidak menjadi masalah walaupun kedua-dua NGO berkenaan merupakan ahli Bersatu.

“Bagi sumbangan. Dia nak jadi member (ahli), adakah halangan kepada mana-mana rakyat Malaysia untuk menjadi ahli parti?

“Ini sebagai selingan. Bila ada penyerahan, so (jadi) kita gunakanlah majlis itu untuk pelbagai aktiviti. Asalkan tidak melanggar undang-undang negara, sudah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN