[VIDEO] Kata semangat Ahmad Dhani buat Dul Jealani - Utusan Malaysia

[VIDEO] Kata semangat Ahmad Dhani buat Dul Jealani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM- Penyanyi Dul Jealani mendedahkan bapanya Ahmad Dhani telah memberi kata-kata semangat untuknya beraksi di Konsert Reunion Dewa 19 Live In Malaysia feat Ari Lasso dan Once Mekel yang berlangsung pada malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

Dul, 19, akan menggantikan bapanya di posisi pemain keyboard selepas Ahmad Dhani tidak dapat turut serta dalam konsert berkenaan kerana menjalani hukuman penjara selama 18 bulan di Indonesia.

“Sebelum berangkat ke Malaysia memang ada hubungi ayah dan dia pesan untuk menjalani latihan pada tahap maksima dan mengambil kesempatan terhadap peluang yang diberikan.

“Ayah juga pesan terus bersemangat dan beri persembahan yang terbaik,” kata Dul.

Dalam pada itu, Dul yang merupakan anak ketiga Ahmad Dhani turut meluahkan rasa teruja dapat berkongsi pentas bersama band idolanya, Dewa 19.

“Saya teruja sekali dapat berkongsi pentas dengan Dewa 19. Hal ini kerana, saya merupakan peminat mereka,” ujar Dul.

Tambah Dul dalam konsert Dewa 19 yang dijadual berlangsung selama tiga itu, Dul tidak akan menyanyi, sebaliknya hanya akan bermain keyboard.

Sementara itu, Ari Lasso turut meluahkan konsert Dewa 19 tidak akan sama tanpa kemunculan Ahmad Dhani yang merupakan nadi kepada band legenda itu.

“Sudah tentu persembahannya dan perasaan kami tidak akan sama tanpa Dhani, namun semangatnya tetap sama dalam menghiburkan peminat,” kata Ari Lasso. – K! ONLINE


 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×