KUALA LUMPUR – Gandingan Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah menerusi lagu Haram meletakkan kedua-dua mereka sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 di Arena Axiata di sini hari ini. Mempertaruhkan lagu bertajuk Haram sepenuhnya ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong, kejayaan itu melayakkan mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi. Hael dan Ezra kali kedua memenangi anugerah berprestij itu selepas merangkul gelaran yang sama pada AJL 32 menerusi…