[VIDEO] 'Hanya lepas beli beras, ikan' - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Hanya lepas beli beras, ikan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 11 Feb. – Sesekali, Rashid Che Abu Hassan, 41, terbayang alang­kah seronoknya dapat membawa keluarga menikmati makanan di mana-mana restoran di luar seperti orang lain.

Namun, kesempitan hidup ekoran harga getah yang menjunam ketika ini menyebabkan Rashid dari Kampung Ulu Pauh di sini, terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Kata penoreh getah yang mempunyai seorang anak ber­usia 16 tahun itu, memadailah mereka sekeluarga mengisi perut dengan makanan yang ada di rumah.

“Hasil daripada menoreh dengan pendapatan RM30 sehari, cukuplah saya beli ikan dengan beras. Kalau esok ada hasil lebih, boleh beli barangan keperluan lain pula. Apa yang penting, perut kami dapat diisi.

“Pendapatan menoreh getah dahulu tidak sama seperti hari ini. Sekarang, harga satu kilogram (kg) getah hanya RM2.20 sehingga RM2.50 berbanding dahulu pernah mencecah lebih RM5.

“Pada masa dahulu, jika anak teringin hendak makan di luar, bolehlah saya tunaikan, tetapi sekarang kami hanya mampu menikmati apa yang ada sahaja,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang lagi penoreh, Inshah Mohd. Diah, 49, pula berkata, pada sebelah pagi, dia bekerja sebagai tukang cuci di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini manakala waktu petang pula, meluangkan masa menoreh.

“Hendak harap hasil menoreh getah memang tidak cukuplah dengan harga barangan pula semakin mahal. Saya berharap kerajaan dapat menetapkan harga getah sekurang-kurang RM3 satu kg,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN