[VIDEO] Dua penyebar fitnah Misha mohon maaf - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua penyebar fitnah Misha mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap penyanyi, Misha Omar dengan mendakwa penyanyi itu menggunakan khidmat bomoh dalam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di sini hari ini.

Kedua-dua individu berkenaan, Fairuz Azwan Akhir Sepian, 32, dan Ahmad Azhar Aziz, 27, hadir secara sukarela turut menandatangani surat permohonan maaf disaksikan kedua-dua peguam Misha.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah @ Aisah Omar, 37, berkata, dia lega apabila dua individu berkenaan berani tampil dan membuat permohonan maaf serta menganggap isu fitnah itu telah selesai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fitnah ini antara yang paling teruk saya hadapi sepanjang berada di dalam industri. Saya terpaksa mengambil tindakan menerusi saluran undang-undang selepas memikirkan maruah keluarga saya, mertua dan suami.

“Saya lega akhirnya perkara ini selesai dan tidak lagi membebankan fikiran saya. Saya amat berharap selepas ini lebih ramai rakan artis tampil mempertahankan diri mereka sekiranya berasakan diri menjadi mangsa fitnah,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, peguam Misha, Ahmad Fuad Hashim dan Abi Mursyidin Awal.

ADS:D

Menurut Misha, dia juga akan menarik balik dua laporan polis terhadap fitnah berkenaan yang dilakukan di Kota Damansara, Selangor dan Salak Selatan di sini.

Sementara itu, pelantun Sampai Bila itu akan membuat laporan polis baharu berkaitan isu yang sama untuk menjejak satu lagi pemilik akaun Twitter yang gagal tampil membuat permohonan maaf.

Pada Jumaat lalu, Misha telah mengadakan sidang akhbar menuntut pelaku yang menfitnah dirinya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tindakan undang-undang.

Misha difitnah menggunakan khidmat bomoh selepas dia memenangi tempat ketiga dan anugerah Vokal Terbaik di pentas AJL33. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN