[VIDEO] Cubaan 24 GRO jadikan almari hiasan loloskan diri gagal - Utusan Malaysia

[VIDEO] Cubaan 24 GRO jadikan almari hiasan loloskan diri gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG 24 Feb. – Taktik pengusaha pusat hiburan menjadikan almari hiasan sebagai pintu rahsia untuk wanita pelayan pelanggan (GRO) meloloskan diri tidak berhasil apabila mereka ditahan dalam serbuan pihak berkuasa di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 1 pagi di Bandar Puteri, Puchong oleh Bahagian Anti  Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7)  Selangor, seramai 24 GRO warga asing ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam serbuan itu seramai 143 orang pengujung pusat hiburan yang pernah diserbu 10 kali turut ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua GRO yang ditahan melibatkan 19 wanita warga Vietnam manakala selebihnya adalah Thailand dan Laos cuba meloloskan diri melalui pintu almari yang menembusi tangga premis lain.

“Malah kita mendapati hanya aras bawah premis hiburan ini sahaja yang berlesen manakala tiga aras di atasnya tidak berlesen,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd. Khaizam memberitahu, kesemua GRO tersebut dibayar sebanyak RM160 seorang untuk menemani pelanggan berhibur di situ selama empat jam.

Jelasnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×