Verratti mampu menyerlah jika bersama United - Utusan Malaysia

Verratti mampu menyerlah jika bersama United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 16 Feb. – Bekas penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov percaya Marco Verratti adalah antara pemain yang mampu menyerlah bersama The Red Devils terutama selepas dia membantu Paris Saint-Germain (PSG) menang 2-0 di Old Trafford.

Verratti merupakan salah seorang pemain terbaik semasa perlawanan itu dengan menjadi watak penting bagi mengisi ketiadaan Neymar dan Edinson Cavani.

Pemain tengah Itali itu menunjukkan kredibilitinya membantu pasukannya mendominasi perlawanan peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara itu.

Berbatov yang pernah beraksi bersama Tottenham, United dan Fulham melihat Verratti sebagai antara pemain yang mampu mengawal tempo permainan selain mampu mendominasi keseluruhan permainan.

“Pada mulanya saya ingat dia seorang pemain yang suka melakukan serangan tetapi saya silap. Dia adalah pemain yang gembira untuk mengawal bola, mengawal rentak permainan dan hampir membuatkan pasukan lawan tertidur.

“Pemain Itali ini mempunyai bakat luar biasa. Dia mengingatkan saya kepada Xavi dan Iniesta.

“Dia adalah antara pemain terbaik jika berada di United bersama Nemanja Matic di bahagian tengah. Dengan cara ini dia akan membolehkan Matic melakukan ‘kerja-kerja kotor’ manakala dia mengawal permainan.

“Sudah pasti PSG tidak akan menjual Verratti,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN