TASHKENT 1 Feb. – Uzbekistan hari ini meluluskan kemasukan tanpa visa kepada 45 buah negara bagi meningkatkan sektor pelancongan yang menjadi antara penyumbang pembangunan ekonomi negara ini.
Antara negara terlibat termasuk negara-negara Eropah seperti Britain, Australia, Kanada, Argentina dan Chile.
Langkah itu dibuat bagi mengurangkan kebergantungan negara ini terhadap eskport barangan komuditi. – AFP











