SEBAIK dilantik sebagai Pengarang yang baharu menggantikan Yusof Ishak yang meletakkan jawatan secara mengejut pada tahun 1959, Said Zahari bertekad memegang teguh dasar asal Utusan Melayu yang diikrarkan pada 1939 terhadap bangsa, agama dan tanah air di samping mempertahankan kebebasan persuratkhabaran umumnya. Tidak lama selepas mengetuai Jabatan Pengarang, timbullah peristiwa ‘Peneroka Haram’ Sungai Sireh, Kuala Selangor yang meneroka tanah secara haram yang dipimpin oleh seorang petani bernama Hamid Tuah. Hamid…










