KUALA LUMPUR 2 Feb.- Beberapa kedai di bazar larut malam, Uptown di Puchong Permai dekat sini musnah dalam kebakaran pagi ini. Berikutan kejadian kira-kira pukul 9 pagi ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor masih berada di lokasi kejadian bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.-UTUSAN ONLINE










