Untung sebelum cukai Maybank RM10.9 bilion - Utusan Malaysia

Untung sebelum cukai Maybank RM10.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Maybank, bank keempat terbesar di Asia Tenggara dari segi aset mengumumkan rekod baharu keuntungan sebelum cukai (PBT) RM10.9 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, meningkat lapan peratus dari tahun sebelumnya didorong terutama oleh pertumbuhan pinjaman lebih tinggi, kos overhed dan peruntukan lebih rendah.

Mohaiyani Shamsudin
Mohaiyani Shamsudin 

Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsudin berkata, keuntungan bersih bagi 2018 juga mencatatkan rekod baharu melepasi paras RM8 bilion buat kali pertama untuk mencapai RM8.11 bilion atau 7.9 peratus lebih tinggi tahun ke tahun.

Katanya, bagi suku keempat tahun kewangan 2018, PBT naik 5.8 peratus lebih tinggi kepada RM3.1 bilion daripada RM2.93 bilion dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya sementara keuntungan bersih meningkat 9.1 peratus kepada RM2.33 bilion berbanding RM2.13 bilion pada tahun kewangan 2017.

“Keputusan ini mencerminkan kekuatan dan daya tahan kumpulan dalam mengharungi satu tahun yang sangat mencabar pada 2018.

“Strategi kami untuk berkembang secara mapan, sambil menguruskan perbelanjaan dan harga secara berdisiplin merupakan faktor utama yang membolehkan kami terus berada di landasan pertumbuhan yang mantap meskipun terdapat ketidaktentuan dalam pasaran global,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN