Untung bersih UEM Sunrise RM280.33j - Utusan Malaysia

Untung bersih UEM Sunrise RM280.33j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Keuntungan bersih UEM Sunrise Bhd. melonjak 165.53 peratus kepada RM280.33 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 daripada RM105.57 juta tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, untuk tahun kewangan semasa, syarikat merekodkan perolehan berjumlah RM2.04 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 berbanding RM1.86 bilion yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya.

Prestasi cemerlang itu katanya, didorong keuntungan daripada penjimatan kos pembangunan hartanah, perbelanjaan operasi lebih rendah dan margin lebih tinggi daripada tanah yang dijual di Iskandar Puteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syarikat mencatatkan perolehan lebih tinggi pada tahun kewangan tersebut berbanding tahun kewangan sebelumnya, dipacu oleh penyelesaian sebahagian projek Aurora Melbourne Central dan Conservatory pada separuh kedua 2018.

“Perolehan lebih rendah daripada projek domestik dicatatkan susulan penyiapan projek Teega, Arcoris, Bayu Angkasa dan Residensi 22 tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Anwar Syahrin, bagi suku keempat 2018, UEM Sunrise kembali mencatatkan keuntungan selepas merekodkan keuntungan bersih RM20.08 juta berbanding kerugian RM50.95 juta manakala perolehan melonjak kepada RM752.79 juta daripada RM303.29 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×