Universiti Muhammadiyah boleh datangkan kekeliruan - Utusan Malaysia

Universiti Muhammadiyah boleh datangkan kekeliruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Feb. – Pendirian Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menolak penubuhan Universiti Muhammadiyah khususnya di negeri ini adalah tepat sekali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Rashidah Ramli berkata, pembinaan universiti itu akan mendatangkan kekeliruan yang besar terhadap pemahaman serta akidah masyarakat Islam di negeri ini.

“Universiti Muhammadiyah secara umumnya terpalit dengan polemik isu Wahabi/Salafi. Mereka juga mengaku tidak bermazhab tetapi bermanhaj seperti dinyatakan dalam artikel ‘Muhammadiyah Tidak Bermazhab tetapi Bermanhaj’.

“Tambahan, Muhammadiyah juga terpengaruh dengan pemikiran tokoh reformis kontroversi antaranya Rasyid Ridha, Muhammad Abdul Wahab, Said Qutb dan Muhammad Abduh yang mana mereka ini ditolak kerana membawa fahaman yang tidak bertepatan dengan aliran Ahli Sunnah Wak Jamaah,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliaumengulas kenyataan Tunku Ismail seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi miliknya, HRH Crown Prince of Johor berhubung laporan akhbar Utusan Malaysia berkenaan sokongan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik untuk membina kampus Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka (Uhamka) di negeri ini.

Tambah Rashidah, pihaknya menyarankan kerajaan untuk memperkasa Kolej Pendidikan Islam Johor (Marsah) dalam usaha mendahului wacana akademik dan intelektual pemikiran Islam dalam negara khususnya di negeri ini.

“Ajaran dan fahaman agama yang tidak mengikut konteks dan norma tempatan tidak seharusnya mendapat tempat apatah lagi perhatian daripada seorang menteri dan ahli politik yang berasal dari negeri ini.

“Ini jelas menunjukkan ketidakpekaan beliau terhadap keadaan sosio-budaya dan agama masyarakat Johor,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN