United bahan lawak di bawah bimbingan Mourinho - Utusan Malaysia

United bahan lawak di bawah bimbingan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 11 Feb. – Phil Jones menjelaskan bahawa Manchester United dahulu sekadar bahan lawak ketika di bawah kendalian Jose Mourinho namun semuanya kini berubah apabila Ole Gunnar Solskjaer kembali meletakkan kelab berkenaan di haluan yang betul.

Ketika dibawah bimbingan Mourinho, United berdepan kesukaran dalam memberikan cabaran pada musim lalu namun semuanya berubah apabila Solskjaer mengambil alih tugasan berkenaan.

Selepas menewaskan Fulham 3-0 kelmarin, United kini dalam persediaan terakhir membuktikan mereka pasukan yang mampu mencabar kejuaraan Liga Juara-Juara menjelang perlawanan pusingan 16 akhir di Paris Saint-Germain (PSG), pada Rabu ini.

Kata Jones, dia optimis tugasan itu akan dapat dilaksanakan dengan baik oleh pasukannya.

“Kami mungkin bahan jenaka pada awal musim ini, namun ia tidak lagi sekarang kerana semua pasukan kini perlu mengambil serius perlawanan menentang kami.

“Kami membuktikan yang kami sedang meningkat dalam 10 ke 12 perlawanan terakhir.

“Kami masih boleh meningkat lagi malah ia merupakan sesuatu yang sukar buat semua pihak yang terlibat dan seperti yang saya katakan sebelum ini, kami belum mencapai apa-apa,” kata Jones. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN