Undi tak percaya pada PM fitnah - Utusan Malaysia

Undi tak percaya pada PM fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 21 Feb. – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan wujud undi tidak percaya kalangan Pakatan Harapan (PH) terhadap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai fitnah semata-mata.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan seumpama itu yang didakwanya sengaja ‘diada-adakan’ mempunyai tujuan untuk memecahbelahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ini (undi tidak percaya terhadap Dr. Mahathir) satu fitnah. Tidak ada apa-apa pun yang dilaporkan. Ia adalah fitnah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah Dr. Rais ( Tan Sri Dr. Rais Yatim) sendiri kata itu satu cubaan untuk pecah belahkan PH. 
Ditanya lagi mengenai desakan agar Dr. Mahathir berundur, Dr. Wan Azizah menjelaskan: “Macam saya kata tadi itu salah satu fitnah untuk timbulkan keresahan dalam PH.”

Beliau berkata demikian da­lam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Khas Pasca Bencana Monsun Timur Laut (MTL) 2018/2019 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk A. Rahman Yahya.

Dr. Wan Azizah yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini diminta mengulas mengenai dakwaan wujud undi tidak percaya dalam PH terhadap Perdana Menteri.

Mengenai sokongan Pas kepada Dr. Mahathir, Timbalan Perdana Menteri turut mengalu-alukan usaha itu.

“Dia (Pas) nak sokong alhamdulillah lah. Apa isunya? Kita alu-alukan sokongan. Tapi kalau dalam pilihan raya kita lihat sokongan tak bawa penambahan pada PH. Itu tanda tanya sikit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×