UMS perhebat penyelidikan untuk komuniti, industri - Utusan Malaysia

UMS perhebat penyelidikan untuk komuniti, industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan terus memperhebat aktiviti penyelidikan translasi dan penyelidikan transdisiplin bagi memastikan hasil kajian berkenaan mampu beberi impak dan manfaat kepada komuniti dan industri.

SHAHRIL YUSOF
SHAHRIL YUSOF 

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Prof. Dr. Shahril Yusof berkata, penyelidikan berkenaan merupakan dua kata kunci utama dalam pelan strategik penyelidikan UMS untuk memenuhi kepentingan pemegang taruh di peringkat negeri, kebangsaan serta antarabangsa. 

“Penyelidikan translasi adalah kajian bersifat ilmu yang dapat diterjemahkan kepada kepentingan masyarakat dan industri, sebagai contoh masalah bekalan air di kawasan pedalaman Sabah boleh dikaji bagi tujuan menyelesaikan masalah tersebut untuk manfaat komuniti setempat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyelidikan transdisiplin pula adalah kajian yang dilakukan tidak terhad hanya daripada sekelompok penyelidik dalam bidang yang sama, tetapi turut melibatkan penyelidik yang berlata belakangkan pelbagai bidang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahril menambah, penyelidikan itu juga merupakan salah satu kriteria utama dalam agenda penyelidikan dan inovasi UMS yang memfokuskan kepada tujuh bidang penyelidikan utama iaitu bidang Akuakultur; Pertanian dan Makanan; Kelestarian Biodiversiti dan Alam Sekitar; Pelancongan; Kesihatan Awam dan Penjagaan Kesihatan Pintar; Pembasmian Kemiskinan, Keselamatan dan Pengangkutan Awam; dan   budaya dan bahasa ibunda.

“Tujuh bidang penyelidikan yang ditumpukan ini juga mengambil kira kepentingan masyarakat dan industri, selain selari dengan 10 bidang keberhasilan kerajaan negeri Sabah serta 17 matlamat pembangunan lestari.

“Justeru, bagi tujuan memperkasa usaha penyelidikan bidang-bidang tersebut, UMS telah menetapkan 70 peratus daripada dana penyelidikan dalaman perlu berbentuk penyelidikan translasi dan transdisiplin, selain turut mengambil pendekatan dalam memberikan geran penyelidikan yang tidak hanya memfokuskan kepada satu bidang tertentu, tetapi lebih kepada konsep penyelidikan translasi dan transdisiplin,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN