UEFA dakwa Ramos - Utusan Malaysia

UEFA dakwa Ramos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 27 Feb.- Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) akan melakukan sesi pendengaran, esok mengenai kes pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos yang didakwa sengaja memperoleh kad kuning dalam perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah di antara Real Madrid dan Ajax, minggu lalu.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu, akan terlepas perlawanan kedua di Santiago Bernabeu, 5 Mac depan selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-89 ketika Madrid memperoleh kemenangan 2-1 dalam aksi pertama di Amsterdam itu.

Menerusi satu wawancara selepas perlawanan, Ramos mendedahkan dia sengaja melakukan kesalahan itu bagi mengelakkan risiko digantung dalam perlawanan separuh akhir namun menafikan kenyataan tersebut selepas itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, UEFA telah menjatuhkan dakwaan terhadap kapten Madrid itu kerana sengaja meraih kad kuning di bawah Badan Pengawalan, Etika dan Disiplin.

Minggu lalu, pemain tengah Valencia, Geoffrey Kondogbia, telah dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan kerana sengaja meraih kad kuning dalam aksi Liga Europa menentang Celtic.

Pemain tengah itu dilayangkan kad kuning pada minit ke-82 ketika pasukannya menang 2-0 di Glasgow kerana melewat-lewatkan sepakan percuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN