Turki kecam tindakan Israel usir TIPH - Utusan Malaysia

Turki kecam tindakan Israel usir TIPH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 2 Feb. – Turki mengutuk keputusan Israel untuk tidak memperbaharui mandat kepada kumpulan pemerhati awam antarabangsa sementara Hebron (TIPH) di Tebing Barat, Hebron.

Kementerian Luar Turki dalam satu kenyataan berkata, negara itu dengan tegas mengecam penamatan mandat TIPH oleh Israel.

“Kami mengharapkan keputusan politik ini akan dibatalkan,” kata kementerian itu semalam.

TIPH ditubuhkan selepas penduduk Yahudi di penempatan haram didakwa membunuh 29 penduduk Palestin di Hebron pada 1994.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Isnin lalu menuduh TIPH berat sebelah dan tidak akan melanjutkan mandatnya,

Jurucakap Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), Omar Celik dalam akaun Twitter miliknya semalam membantah keputusan Israel yang disifatkan sebagai langkah baharu untuk menutupi undang-undang dan harus dikutuk.

“Keputusan itu menunjukkan Israel sedang merancang pencerobohan baharu,” ujarnya yang turut mendesak dunia supaya lebih peka mengenai keadaan di Hebron. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×