KUALA LUMPUR – Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluangkan masa melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam, yang dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan. Perkara itu dikongsikan anak Mohamed Azmin, Farah Amira menerusi akaun Twitternya yang merakamkan kehadiran Siti Hasmah dan ditemani isteri Timbalan Presiden PKR itu, Datin Seri Shamsida Taharin di sebuah bilik hospital. Bagaimanapun, Farah Amira tidak mendedahkan jenis pembedahan…










