Tumbukan, tendangan atau objek keras punca tulang rusuk Adib patah - Utusan Malaysia

Tumbukan, tendangan atau objek keras punca tulang rusuk Adib patah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Feb.- Saksi ke-14 dalam prosiding inkues bagi menentukan kematian Muhammad Adib Mohd. Kassim memaklumkan bahawa tulang rusuk anggota bomba itu patah mungkin boleh berlaku disebabkan tumbukan atau tendangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Datuk Dr. Mohamed Ezani Md. Taib berkata, ketika melihat Muhammad Adib kali pertama, dia yang merupakan Perunding Kanan Pakar Bedah Kardiotorasis IJN berpendapat anggota bomba itu tidak mampu bertahan lama berdasarkan keadaannya yang kritikal.

“Ketika itu, saya hanya ternampak kecederaan dialami pada rusuk kanannya. Melihat kecederaannya, kemungkinan ia daripada objek keras kerana tulang kita keras, jika ia sekadar pukulan atau tamparan biasa tidak mungkin.

“Sukar untuk dikatakan tetapi mungkin juga jika dengan satu dua tumbukan atau dengan tekanan yang mencukupi,” katanya di Mahkamah Koroner di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN