SEREMBAN 1 Feb. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud berkenan berangkat ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi dekat sini malam ini. Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr. Razali Ab. Malik dan Pengarah Jabatan Hal…










