TRXC tidak tergesa-gesa cari pelabur - Utusan Malaysia

TRXC tidak tergesa-gesa cari pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemaju utama projek Tun Razak Exchange (TRX), TRX City Sdn. Bhd. tidak akan tergesa-gesa untuk menjual baki 30 peratus pembangunan dalam TRX kepada pelabur baharu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmar Talib berkata, 70 peratus daripada pembangunan di TRX telah pun dimiliki tujuh pelabur sedia ada iaitu Lendlease, Mulia Property Development, HSBC, CORE Precious Development Sdn. Bhd., Affin Bank Bhd., IJM Corp Bhd. dan Urusharta Jemaah Sdn. Bhd.

Menurutnya, proses pembangunan di TRX kini telah mencapai apa yang disifatkannya sebagai ‘kepadatan kritikal’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kini, pihaknya perlu fokus menyiapkan kerja-kerja pembinaan infrastruktur fasa pertama TRX yang disasarkan selesai pada suku ketiga tahun ini.

“Ia adalah keputusan perniagaan dan sekiranya keadaan pasaran tidak begitu baik, buat apa kami hendak menjualnya sekarang.

“Lagipun TRX tidak boleh dibangunkan secara sekali gus, perlu ada ruang dan tempat untuk kegunaan logistik dan sebagainya atau proses pemba­ngunan akan jadi kelam-kabut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Perjanjian Hartanah Umum (CEA dengan TRXC serta tujuh syarikat pelabur TRX di sini semalam.

Menerusi perjanjian tersebut, pemilik plot akan memiliki hak untuk menentukan jenis, tahap, kualiti dan kos perkhidmatan yang boleh menjadikan TRX sebagai destinasi pelaburan antarabangsa, seterusnya me­ngangkat Kuala Lumpur menjadi bandar bertaraf dunia.

Selain itu, Azmar memba­yangkan nilai pembangunan kasar TRX melebihi unjuran sebelum ini iaitu sebanyak RM40 bilion.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×