WASHINGTON 26 Feb. – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berlepas ke Vietnam untuk menghadiri persidang bersama pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, dengan misi menjadikan Pyongyang sebuah zon nyah nuklear (denuclearization).
Tidak lama sebelum berlepas dari White House, Trump secara optimis menegaskan pertemuan di Hanoi akan menjadi ‘sidang kemuncak yang sangat hebat’ sambil menambah mahu membebaskan Semenanjung Korea daripada ancaman senjata nuklear.
Beliau menyuarakan pendekatannya itu melalui Twitter dan berkata: “Dengan cara itu, Korea Utara akan menjadi kuasa besar ekonomi dengan pantas.”
Memuatkan artikel berkaitan…
Kali terakhir Trump bertemu Jong-un adalah pada lapan bulan lalu di Singapura. – AFP











