Trafik ke pantai timur sesak treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah - Utusan Malaysia

Trafik ke pantai timur sesak treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer berikutan insiden treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah awal pagi tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, insiden yang berlaku pada pukul 1.37 pagi itu, menyebabkan laluan kontra dibuka di KM38.2 hingga KM36.9 arah barat sebelum Terowong Genting Sempah bermula pada 8.24 pagi sehingga 9.06 pagi untuk kerja-kerja mengalihkan treler itu.

Kerja-kerja mengalihkan treler itu telah selesai dan laluan di dalam terowong itu telah dibuka pada pukul 9.06 pagi namun trafik masih sesak.

“Pemandu treler itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan treler itu hanya terbakar di bahagian depan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Sementara itu, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata, setakat ini aliran trafik begerak perlahan dari Tapah ke Gopeng.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di talian 1800-88-7752 atau merujuk laman Twitter di www.twitter.com/plustrafikdan www.twitter.com/llminfotrafik. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×