Tol percuma malam di 4 lebuh raya - Utusan Malaysia

Tol percuma malam di 4 lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Feb. – Kadar tol bagi empat le­buh raya kendalian Gamuda Berhad (Gamuda) akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ (bukan waktu puncak) antara pukul 11 malam dan 5 pagi iaitu penggunaan le­buh raya adalah percuma.

Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) dan Tero­wong Smart.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda untuk kerajaan mengambil alih konsesi keempat-empat lebuh raya iaitu syarikat tersebut mempunyai pegangan majoriti.

“Dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisme kutipan tol sedia ada.
“Sebagai ganti congestion charge (caj kesesakan) akan diperkenalkan iaitu pengguna lebuh raya hanya dikenakan bayaran sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Pengumuman itu dibuat ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang sedang berlangsung ketika ini.

Tambah kenyataan itu, pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.

Pada masa sama, kata kenyata­an itu, hasil kutipan congestion charge akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

“Lebihan kutipan akan di­salurkan kepada satu dana peng­angkutan awam, diguna untuk meningkat kualiti pengangkutan awam seluruh negara.

“Perincian lain berkenaan cadangan ini akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada masa yang sesuai,” ujar kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN