PASUKAN Pahang mahu mencipta kemenangan pertama dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Super 2019 apabila turun berdepan Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. Skuad kendalian Dollah Salleh yang tampil dengan empat tenaga import baharu itu ternyata bersemangat untuk menjadikan skuad Warga Kota itu sebagai mangsa pertama musim ini meskipun sedar mereka bakal mengharungi tentangan sengit tuan rumah yang beraksi di hadapan penyokong sendiri. Pengurusnya, Datuk Mohammed Suffian…










