Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah ditahan kes tuntutan palsu - Utusan Malaysia

Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah ditahan kes tuntutan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 21 Feb. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri menahan seorang Timbalan Pengarah agensi kerajaan di Kedah hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes tuntutan palsu melibatkan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan pakaian seragam dianggarkan bernilai lebih RM27,000.

Menurut sumber, lelaki berusia 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.45 petang di pejabat agensi berkenaan di Kedah.

“Siasatan awal mendapati pada tahun 2016, suspek yang berkhidmat di Pulau Pinang telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran palsu berhubung kerja pembekalan dan jahitan pakaian seragam kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan agensi berkenaan sedangkan pembekalan pakaian seragam tersebut tidak dibuat sepenuhnya.

“SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek pagi esok di Mahkamah Majistret di sini esok,” katanya di sini hari ini.

Menurut sumber lagi, suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun tidak mengulas lanjut berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN