LUMUT – Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan mambabitkan dua buah kereta di Batu 11 Segari di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian pada pukul 12.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu Proton Persona, Sharifuden Shahidan, 34; penumpang hadapan kereta berkenaan, Nadya Othman, 36, dan penumpang hadapan Proton Iswara, warga Indonesia berusia 30-an. Ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, pemandu Proton Iswara, Henson Elizabeth Saimah, 31, cedera parah apabila patah kaki kanan dan luka di bahagian kepala. Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya