Tiga lelaki berparang larikan kucing British short hair, Parsi - Utusan Malaysia

Tiga lelaki berparang larikan kucing British short hair, Parsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua ekor kucing baka British short hair dan Parsi dilarikan sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian samun bersenjatakan parang di sebuah premis peliharaan dan jualan kucing di Taman Melawati di sini pada Rabu lalu.

Lebih memeranjatkan, keha­diran tiga lelaki pada pukul 7.10 malam itu seperti sudah dirancang kerana mereka me­ngetahui kedudukan haiwan itu selain membawa beg khas untuk memasukkan binatang tersebut.

Pekerja premis itu, Nadrah Aqilah Ahmad Nazim, 21, berkata, ketika kejadian dia bersama tiga rakannya berada di dalam premis sebelum didatangi oleh suspek yang membawa sebilah parang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN